News Update :

Politics

Hiburan

Sukan

Kerana Adi Putra Nooraida Dicerai Talak satu

iklan
Terkejut beruk dibuatnya membaca perkembangan terbaru yang melanda rumahtangga wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra iaitu Nooraida dan suaminya, Amiruddin Othan. Menerusi Harian Metro sebentar tadi, Amiruddin mengakui telah menceraikan Nooraida dengan talak satu 2 hari yang lalu di kediaman mereka di Johor Bahru kira-kira jam 4.30 hingga 5 pagi.
nooraida dicerai suami
Lafaz cerai dilakukan selepas perbincangan dari hati ke hati oleh kedua-dua belah pihak. Kata Amiruddin:-
Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah. Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida. Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh
nooraida dicerai
Nampaknya memang jodoh Nooraida dan Amiruddin setakat sampai di sini sahaja. Sesungguhnya apa yang melanda rumahtangga mereka memang satu dugaan yang hebat. Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik buat mereka berdua. Semoga selepas ini akan ada kebahagiaan buat Nooraida dan Amiruddin. Untuk makluman, mereka berdua mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun hasil perkahwinan.

CUEPACS mahu kerajaan campur tangan dalam tawaran opsyen JPP

iklan
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Utusan Harian) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan campur tangan dalam tawaran opsyen yang lebih fleksibel kepada 139 penjawat awam Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) jika cadangan penswastaan jabatan itu dilaksanakan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan sesi taklimat untuk mereka kira-kira tiga bulan lepas mengenai cadangan penswastaan jabatan itu.

JPP ialah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

"CUEPACS tidak membantah cadangan penswastaan JPP tetapi kerajaan perlu campur tangan dalam isu ini dan mengembalikan opsyen kepada penjawat awam yang telah digugurkan sejak 2002, iaitu kakitangan diberi opsyen untuk kekal dengan jawatan dan gaji sedia ada selepas berlakunya penswastaan.

"Apa yang berlaku sekarang ialah JPA hanya menawarkan dua opsyen kepada penjawat awam berkenaan iaitu bersetuju untuk terus berkerja selepas penswastaan dan opsyen kedua ialah memilih untuk bersara awal," katanya.

Omar berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pekerja terbabit untuk membincangkan isu cadangan penamatan perkhidmatan dan penswastaan JPP di pejabat JPP di Seri Kembangan di sini, hari Khamis.

Beliau berkata jika tidak dilaksanakan, seramai 139 penjawat awam yang terdiri daripada jurutera dan juruteknik itu akan kehilangan faedah skim kesihatan dan skim pencen selepas memilih bersara awal.

Selain itu, katanya JPA juga boleh menyerap mereka di kementerian lain seperti KeTHHA dan Kementerian Kerja Raya.

Beliau berpendapat opsyen yang diberi pada sesi taklimat JPA kepada JPP itu seumpama mengugut penjawat awam berkenaan untuk membuat pilihan yang sudah pasti tidak memberi faedah kepada kakitangan JPP dari sudut kewangan kelak.

Justeru itu, Omar berkata beliau akan berjumpa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada masa yang terdekat ini untuk menyelesaikan isu itu.

"CUEPACS harap kerajaan akan mempertimbangkan JPP dikorporatkan daripada diswastakan kerana gaji, faedah pekerja dan kebajikan akan lebih terjamin," katanya.

Sementara itu, Omar berkata CUEPACS tidak dijemput untuk memberi pandangan mengenai rancangan berkaitan Skim Khas pembelian rumah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL).

"Setakat ini, CUEPACS tidak diberi sebarang maklumat mengenai skim berkenaan. Jangan bila ada masalah timbul kelak, barulah nak jumpa CUEPACS untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

"Walaupun CUEPACS mempunyai wakil di lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun tiada siapa yang merujuk kepada CUEPACS untuk memberi pendapat mengenai skim itu," katanya.

Skim khas pembelian rumah PPR-MTEN dan PA DBKL, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Dis lepas, bertujuan membantu penyewa sedia ada mendapatkan sumber kewangan bagi membeli rumah-rumah yang ditawarkan.

Skim itu akan bermula Mac ini dan pembeli dijangka menandatangani surat perjanjian jual beli mulai Mei depan.

-- BERNAMA

Warga emas dituduh cabul cucu perempuan

iklan
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur sembilan tahun.

Warga emas berusia 74 tahun itu dituduh mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan itu di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di ibunegara antara pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Semasa pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang merupakan pengadu dalam kes itu, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya.

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne.

Ribut,18 rumah rosak teruk, 4 lagi hampir ranap

iklan

IPOH - Sebanyak 18 rumah rosak teruk manakala empat lagi serta sebuah sekolah agama rakyat (SAR) hampir ranap dihempap pokok besar apabila ribut melanda Kampung Ulu Chemor dekat sini hampir dua jam, malam semalam.

Bumbung sebahagian besar rumah terbabit rosak ekoran angin kencang sehingga diterbangkan dalam kejadian ribut yang bermula pukul 7 malam hingga 9 malam.
Seorang murid SAR al-Ansari Ulu Chemor, Ubaidilah Mohd. Zamri, 12, pula cedera di muka akibat terkena batu yang melayang ketika melarikan diri dalam keadaan hujan lebat selepas bumbung sekolahnya diterbangkan angin.

"Kami berehat dalam bangunan sekolah, tiba-tiba semua bumbung bangunan tercabut dan diterbangkan angin, kami lari lintang-pukang menyelamatkan diri pada itu, dan saya merasakan ada sesuatu terkena muka saya,” katanya yang hanya merawat lukanya dengan minyak gamat. - BERNAMA

Kota Jakarta Dilanda Ribut dan Hujan Lebat

iklan
JAKARTA INFO: Lalu lintas di beberapa batang jalan di ibu kota Jakarta mengalami kesesakan luar biasa apabila ibu kota ini dilanda hujan lebat beserta angin kencang tengah hari ini.

Cuaca buruk itu menyebabkan banjir kilat di beberapa batang jalan sementara lalu lintas di beberapa jalan lain pula sesak kerana terhalang oleh pokok-pokok tumbang yang menutup beberapa bahagian lorong jalan.

Menurut polis pokok-pokok yang tumbang itu termasuk di Jalan Medan Merdeka Selatan, Jalan Wahid Hasyim, Jalan Tomang Raya, Bendungan Hilir dan Taman Anggerek.

Pokok-pokok tumbang juga dilaporkan berlaku di kawasan Kalimalang, Palmerah, Jalan P Jayakarta dan Jalan Gunung Sahari.


Perhentian Busway Dukuh Atas, satu daripada perhentian bas yang sibuk dengan penumpang perkhidmatan bas utama Transjakarta turut mengalami kerosakan kecil akibat ditimpa pokok.


Di Jalan Kebon Sirih, Jakarta Pusat, pokok tumbang dilaporkan menimpa sebuah teksi yang kebetulan berada di situ manakala sebatang tiang lampu jalan yang roboh di kawasan Dukuh Atas turut menambah masalah kesesakan lalu lintas. - Bernama

Geng Toyota Wish Diburu Polis Malaysia

iklan
 
CHERAS: Polis masih memburu dua wanita berusia 23 dan 24 tahun yang dipercayai saki baki anggota kumpulan Geng Toyota Wish yang bergiat aktif sejak tiga bulan lalu bagi membantu siasatan berhubung lima kes kecurian kereta berkenaan.

Suspek pertama, S Nur Khadijah Syed Mohd Amin, nombor kad pengenalan 890527-08-5790, alamat terakhir di Lot 8, Villa Sri Ampang, Jalan Sri Ampang 2, Persiaran Avenue Ampang dan suspek kedua, Nurul Wahidah Ahda Yannuar, nombor kad pengenalan 880802-14-5200, alamat terakhir di Blok A7-3-23, Jalan Mewah 4, Taman Pandan Mewah Ampang.

Dalam serbuan di rumah teres di Jalan Badam 1, jam 11 malam, 20 Disember lalu, dua lelaki berusia 30-an ditahan bersama walkie talkie, dua parang panjang dan satu parang pendek.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pemeriksaan lanjut di kawasan rumah berkenaan yang didiami seorang daripada lelaki terbabit menemui dua kereta Totoya Wish yang disyaki dicuri.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu masing-masing lapan dan tiga rekod bersabit pelbagai kes jenayah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam.

Umum

Jenayah

 

© Copyright Utusan Harian 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.